Tuesday, April 27, 2010

PEWARNA TOKSID DALAM MAKANAN


Banyak pewarna dijual di kedai runcit tetapi sesetengah daripadanya adalah pewarna toksik industri yang tidak boleh dimakan tetapi dijual dengan label yang hampir sama sebelah-menyebelah. Terdapat juga pewarna yang dijual tanpa sebarang label. Adakah rakyat Malaysia diracuni oleh pewarna ini di dalam makanan mereka?

Satu-satunya alasan pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik di mata pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai zat permakanan. Bahan pewarna adalah bahan kimia bukan makanan yang dicampurkan ke dalam makanan. Kebanyakan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
Contohnya, Tartrazine (Pewarna Kuning-Jingga), berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktiviti dalam kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.
Sunset Yellow FCF (Pewarna Merah-Jingga) juga kemungkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan kromosom kekal dan tindakbalas alergi.
Ponceau 4R (Pewarna Merah terang hingga gelap) diketahui penyebab kanser, bengkak tisu, alergi, dan asma (lelah). Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Eropah. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan masih membenarkan kepenggunaan dalam makanan adakalanya hingga mencapai kepekatan maksimum.
Maka dengan itu gunakanlah pewarna semula jadi yang telah digunakan dari turun-temurun iaitu dari datuk moyang kita dahulu antaranya Bunga Telang, Daun Pandan, Ubi Bit, Kunyit dan Saffron serta pelbagai pewarna tumbuhan semulajadi.


(Petikan Utusan Pengguna)

BAHAN ADITIF DALAM MAKANAN

Jenis-jenis bahan aditif

Bahan aditif makanan dapat digolongkan menjadi beberapa kelompok tertentu tergantung kegunaanya, antaranya:

• Penguat rasa
MSG sering digunakan sebagai penguat rasa makanan buatan dan juga untuk melezatkan makanan. Adapun penguat rasa alami diantaranya adalah bunga cengkeh, pala, merica, cabai, laos, kunyit, ketumbar. Contoh penguat rasa buatan adalah Mono-natrium glutamat/vetsin (ajinomoto/sasa), asam cuka, benzaldehida, amil asetat.

• Pemanis
Zat pemanis buatan biasanya digunakan untuk membantu mempertajam rasa manis. Beberapa jenis pemanis buatan yang digunakan adalah sakarin, siklamat, dulsin, dan aspartam. Pemanis buatan ini juga dapat menurunkan resiko diabetes, namun siklamat merupakan zat yang bersifat karsinogen.

• Pengawet

Bahan pengawet adalah zat kimia yang dapat menghambat kerusakan pada makanan, karena serangan bakteri, ragi, cendawan. Reaksi-reaksi kimia yang sering harus dikendalikan adalah reaksi oksidasi, pencoklatan (browning) dan reaksi enzimatis lainnya. Pengawetan makanan sangat menguntungkan produsen karena dapat menyimpan kelebihan bahan makanan yang ada dan dapat digunakan kembali saat musim paceklik tiba. Contoh bahan pengawet adalah Natrium benzoat, Natrium Nitrat, Asam Sitrat, Asam Sorbat, Formalin.

• Pewarna
Warna dapat memperbaiki dan memberikan daya tarik pada makanan. Penggunaan pewarna dalam bahan makanan dimulai pada akhir tahun 1800, yaitu pewarna tambahan berasal dari alam seperti kunyit, daun pandan, daun suji, coklat, wortel, dan karamel. Zat warna sintetik ditemukan William Henry Perkins tahun 1856, zat pewarna ini lebih stabil dan tersedia dari berbagai warna. Zat warna sintetis mulai digunakan sejak tahun 1956 dan saat ini ada kurang lebih 90% zat warna buatan digunakan untuk industri makanan. Salah satu contohnya adalah tartrazin, yaitu pewarna makanan buatan yang mempunyai banyak macam pilihan warna, diantaranya Tartrazin CI 19140. Selain itu ada pula Sunsetyellow FCF (orange), Carmoisine (Merah), Brilliant Blue FCF (biru).

• Pengental
Pengental yaitu bahan tambahan yang digunakan untuk menstabilkan, memekatkan atau mengentalkan makanan yang dicampurkan dengan air, sehingga membentuk kekentalan tertentu. Contoh pengental adalah pati, gelatin, dan gum (agar, alginat, karagenan).

Pengemulsi (emulsifier)
Emulsifier adalah zat yang dapat mempertahankan dispersi lemak dalam air dan sebaliknya. Pada mayonaise bila tidak ada emulsifier, maka lemak akan terpisah dari airnya. Contoh emulsifier yaitu lesitin pada kuning telur, gom arab dan gliserin.
Selain itu terdapat pula macam-macam bahan tambahan makanan, seperti:

1. antioksidan, seperti butil hidroksi anisol (BHA), butil hidroksi toluena (BHT), tokoferol (vitamin E)
2. pengikat logam
3. pemutih, seperti hidrogen peroksida, oksida klor, benzoil peroksida, natrium hipoklorit
4. pengatur keasaman, seperti aluminium amonium sulfat, kalium sulfat, natrium sulfat, asam laktat
5. zat gizi
6. anti gumpal, seperti aluminium silikat, kalsium silikat, magnesium karbonat, magnesium oksida

Monday, April 26, 2010

Nasi Dagang


Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan

1 kg beras merah (beras nasi dagang)
250 g (1 cawan) kelapa parut
100 g (2/3 cawan) susu tepung rendah lemak
100 g (10 ulas) bawang merah, dimayang
10 g (2 sm) halia, dihiris nipis dan halus
10 g (2 sudu teh) garam A
10 g (2 sudu teh) gula
15 g (3 sudu teh) halba

Cara memasak

1. Rendam beras selama 2 hingga 3 jam.
2. Toskan airnya dan kukus sehingga masak.
3. Perah kelapa parut bersama air untuk mendapatkan 1 gelas santan pekat dan 1 gelas santan cair.
4. Bancuh susu tepung rendah lemak ke dalam santan cair.
5. Angkat kukusan berisi nasi dan gaulkan nasi bersama bahan-bahan (A) dan santan sehingga rata.
6. Kukus kembali nasi sehingga kukusan berwap.
7. Angkat dan hidangkan bersama lauk.

Cadangan: Enak dimakan bersama lauk (kerutup ayam) dan acar timun.

Berat satu hidangan: 200 g

Acar Timun (untuk nasi dagang)
Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan
500 g (2 biji kecil) timun
150 g (1 biji) lobak merah
120 g (2 biji) bawang besar
20 g (2 ulas) bawang merah
50 g (5 sudu makan) cuka
60 g (3 biji) cili merah
5 g (1 sudu teh) gula
3 g (1/2 sudu teh) garam

Cara memasak

1. Timun dibuang kulit dan dipotong nipis-nipis.
2. Lobak merah dihiris halus (memanjang) atau diparut.
3. Bawang besar, bawang merah dan cili dimayang halus.
4. Gaul kesemua sayur-sayuran di atas bersama cuka, gula dan garam.
5. Hidangkan bersama nasi dagang.

Berat satu hidangan: 80 g


KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 311 kcal
Lemak/Fat 11.9 g
Protein/Protein 5.5 g
Kalsium/Calcium 64 mg
Kolesterol/Cholesterol 2 mg
Zat Besi/Iron 3.1 mg



Pajeri Rebung



Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
500 g rebung (rebung jeruk atau rebung mentah)
100 g kelapa parut, untuk dibuat kerisik
375 ml (1� cawan) susu rendah lemak
30 g (1 paket kecil) rempah kari daging
5 g kulit kayu manis
5 g bunga lawang
5 g bunga cengkih
20 g (3 ulas) bawang putih
150 g (10 ulas) bawang merah
10 g (2 sm) halia ditumbuk halus
45 g (3 sudu makan) gula
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
30 g (2 sudu makan) asam jawa, dibancuh bersama � cawan air untuk mendapatkan jusnya
5 g (1 sudu teh) garam

Cara penyediaan kerisik
Goreng kelapa parut tanpa menggunakan minyak hingga kekuningan. Kemudian tumbuk/kisar sehingga lumat. Ini akan menghasilkan lebih kurang 50 g kerisik.

Cara penyediaan pajeri

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
3. Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
4. Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. Apabila telah mendidih, masukkan susu, kerisik, gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
6. Masak pajeri pada api perlahan dan biarkan seketika sehingga pajeri pekat.
7. Angkat setelah masak dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 150 g


KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 307 kcal
Lemak/Fat 15.0 g
Protein/Protein 8.0 g
Kalsium/Calcium 207 mg
Kolesterol/Cholesterol 6 mg
Zat Besi/Iron 4.7 mg


Laksa Johor



Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan

250 g (5 cawan) mee laksa/spaghetti
250 g (2 keping) ikan parang/tenggiri
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak
60 ml (1/4 cawan) pati santan
15 g (1 sudu makan) kerisik
10 g (2 keping) asam keping
5 g (1 sudu teh) gula pasir
5 g (1 sudu teh) garam kasar
500 ml (2 cawan) air

Bahan-bahan (A) untuk digiling
100 g (1/3 cawan) udang basah, dibuang kulit
50 g (1/2 cawan) udang kering
50 g (1/2 biji) bawang besar
25 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (1 sm) halia
10 g (1 sm) lengkuas
60 g (2 batang) serai, dihiris halus
10 g (1 sm) kunyit hidup
30 g (1 bungkus) rempah kari ikan

Untuk Hiasan
300 g (1 biji) timun, dibuang kulit dan dihiris halus
150 g (1 batang) lobak merah, dihiris halus
100 g (1/2 cawan) kacang panjang, dipotong kecil
90 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat
30 g (2 biji) limau nipis, dipotong serong
250 g taugeh, dibuang ekor
daun kesom dan daun selasih, dihiris halus
1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis

Cara memasak

1. Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat.
2. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Buang tulangnya dan giling isi hingga halus.
3. Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keping.
5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
6. Celurkan mee laksa di dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera.
7. Untuk menghidang, menuang kuah ke atas mee laksa, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis.

Berat satu hidangan: 450 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 418 kcal
Lemak/Fat 8.5 g
Protein/Protein 25.0 g
Kalsium/Calcium 208 mg
Kolesterol/Cholesterol 46 mg
Zat Besi/Iron 8.8 mg

Sunday, April 25, 2010

MERANCANG MENU MAKANAN SNEK

Selain menu utama, kita juga perlu merancang menu sihat untuk makanan snek supaya badan mendapat tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian. Berikut merupakan tips untuk merancang menu sihat untuk makanan snek

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek

* Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.
* Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
* Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Senarai semak plan perancangan menu sihat

Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang adalah lengkap:

* Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?
* Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan?
* Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?
* Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?
* Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap?. Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
* Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?

perlabelan makanan


ahagian A: Pelabelan pemakanan


Apa yang dimaksudkan dengan pelabelan pemakanan ?

Pelabelan pemakanan adalah keterangan mengenai tahap atau kandungan nutrien yang terdapat pada label makanan. Ianya merupakan akuan yang benar mengenai kualiti pemakanan bahan makanan tersebut.


Apakah tujuan atau faedah pelabelan pemakanan kepada pengguna?

Pelabelan pemakanan bertujuan untuk menyediakan satu cara penyampaian maklumat mengenai kandungan nutrien (zat makanan) pada label setiap makanan yang dikeluarkan. Dengan ini, ianya dapat membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang bijak. Ia merupakan satu cara untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti pemakanan sesuatu bahan makanan. Selain itu, pelabelan pemakanan turut menyokong aktiviti pendidikan pemakanan kerana ia menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang kukuh dalam pemilihan makanan dan penyediaan hidangan.


Adakah pelabelan pemakanan turut memberi faedah kepada industri makanan?

Ya, pelabelan pemakanan memainkan peranan yang sama penting dan berfaedah kepada industri makanan. Pelabelan pemakanan membolehkan pengeluar makanan dan peruncit untuk mengutamakan kandungan zat makanan dalam setiap produk yang dikeluarkan kepada pengguna secara faktual. Ini akan menggalakkan pengeluar makanan untuk menjadi lebih prihatin terhadap kepentingan mengeluarkan makanan yang berkhasiat.
Nilai Rujukan Nutrien (NRV) dan Saranan Pengambilan Malaysia (RDA)

Bagaimana dengan undang-undang makanan di negara lain? Adakah pelabelan pemakanan ini diwajibkan di negara lain?

Di kebanyakkan negara, pelabelan pemakanan tidaklah mandatori (diwajibkan). Banyak diantara negara ini sedang mengkaji keperluannya. Di Singapura sebagai contohnya, garis panduan untuk pelabelan pemakanan telahpun dicadangkan tetapi sehingga kini penggunaan pelabelan pemakanan masih dilakukan secara sukarela. Begitu juga di Thailand, pelabelan pemakanan adalah tidak diwajibkan, melainkan jika tuntutan pemakanan dibuat mengenai bahan makanan itu.

Di Amerika Syarikat, pelabelan pemakanan adalah diwajibkan bagi hampir semua makanan di pasaran yang diperoses.

Nutrien apakah yang perlu dipaparkan pada label produk makanan tersebut ?

Terdapat 4 jenis nutrien yang diwajibkan pada pelabelan jenis-jenis makanan yang tersebut di atas iaitu tenaga, protein, karbohidrat dan lemak.

Bagaimana jumlah tenaga dalam makanan dikira ?

Tenaga yang terdapat dalam makanan dikira seperti berikut:

[gram lemak dikali dengan 9] + [gram protein dikali 4] + [gram karbohidrat dikali 4] + [gram alkohol (jika ada) dikali 7] + [gram asid organik (jika ada) dikali 3] + [gram gentian diet (jika ada) dikali 2].

menjaga kulit anda


KULIT YANG SIHAT
kali ini, kami bukan sahaja memperkenalkan makanan seimbang malah memberi info-info mengenai kesan pemakanan keatas diri anda.. =)

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda.

Kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.

BENARKAH ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?

Anda tidak memerlukan banyak losyen atau kosmetik untuk mempunyai kulit yang cantik atau sihat. Makanan juga mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.

Nutrien Untuk Kulit Anda

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

MASALAH BIASA KULIT

�Alamak! Jerawat!!�

Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.

Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL

Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:

# Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
# Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
# Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.
# Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.
# Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA




Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi keledek, keladi dan kentang.
Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, roti atau biskut mi penuh.

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Contoh makanan bagi kumpulan sayur-sayuran ialah kobis, tomato, lobak merah, petola, sayuran berdaun hijau (bayam, sawi, kangkung) manakala buah-buahan antaranya betik, pisang, tembikai, mangga, jambu batu dan sebagainya.
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang dhal dan kacang merah serta hasil kekacang seperti tauhu dan tempe.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju, yogurt dan dadih. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

Lemak, minyak dan gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini dapat membekalkan tenaga tetapi hanya sedikit sahaja makanan dari kumpulan ini yang perlu dimakan.

KUMPULAN MAKANAN DAN CADANGAN HIDANGAN
ARAS 1
-(8-12 hidangan)
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan nasi, 1 keping roti bijirin penuh, ½ cawan mi, ½ cawan bubur nasi kosong.

ARAS 2
-(3-5 hidangan)
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan sayuran, ½ cawan ubi keledek/ubi kayu/ubi keladi, 1 potong betik/tembikai/nenas, ½ cawan jus buah.

ARAS 3
-(2-3 hidangan)
-Contoh (1 hidangan):1 ketul paha ayam saiz sederhana, 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis, 2 taukwa, 2 biji telur.

ARAS 4
-(1-2 hidangan)
- Contoh (1 hidangan):1 cawan susu, 1 cawan yogult, 1 keping keju.

ARAS 5
-(dalam kuantiti yang sedikit)
- Gula, madu.

Berikutmerupakan khasiat makanan yang diperolehi daripada setiap aras dalam piramid makanan.

ARAS 1 : Sumber baik karbohidrat kompleks, membekalkan vitamin, mineral,gentian dan sedikit protein serta rendah kandungan lemak.

ARAS 2 : Sumber baik vitamin, mineral dan gentian.

ARAS 3 : Sumber baik protein, kaya vitamin B, besi, zink, magnesium dan gentian.

ARAS 4 : Sumber penting kalsium dan protein.

ARAS 5 :Lemak dan minyak mengandungi asid lemak perlu(ALP) dan vitamin A,D,E,K.Gula membekalkan kalori tetapi tidak mengandungi zat makanan yang lain.

Friday, April 23, 2010

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama...

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama...
• Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan.



• Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh



• Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama.



• Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging atau telur dengan makanan alternatif seperti kacang dal atau tauhu.

DIET


Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya...

"Anda mesti memakan sedikit roti panggang...sebiji buah-buahan dan segelas air kosong.."

Lelaki menjawab..."Baik lah doktor..jadi..Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?

hehehe...=D




source:Rapi

PENGENALAN

Blog ini diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada semua khususnya pelajar UKM tentang pemakanan secara sihat. Pemakanan secara meliputi makan dengan cara yang betul mengikut piramid makanan dan makan dalam kuantiti yang betul.

Mengapa Makanan Penting kepada anda?

1- Menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal.
2- Sentiasa cergas
3- Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
4- Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti fizikal harian
5- Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.

Mengapakah anda memerlukan tenaga

1- Pembinaan otot tubuh
2- Mengekalkan suhu badan
3- Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi
4- Melakukan aktiviti harian

Makanan penting kepada tubuh kita untuk memberikan tenaga semasa melakukan aktiviti harian. Setiap individu memerlukan jumlah makanan yang berbeza mengikut jantina, umur serta aktiviti yang dilakukan.