Sunday, April 25, 2010

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA




Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi keledek, keladi dan kentang.
Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, roti atau biskut mi penuh.

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Contoh makanan bagi kumpulan sayur-sayuran ialah kobis, tomato, lobak merah, petola, sayuran berdaun hijau (bayam, sawi, kangkung) manakala buah-buahan antaranya betik, pisang, tembikai, mangga, jambu batu dan sebagainya.
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang dhal dan kacang merah serta hasil kekacang seperti tauhu dan tempe.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju, yogurt dan dadih. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

Lemak, minyak dan gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini dapat membekalkan tenaga tetapi hanya sedikit sahaja makanan dari kumpulan ini yang perlu dimakan.

KUMPULAN MAKANAN DAN CADANGAN HIDANGAN
ARAS 1
-(8-12 hidangan)
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan nasi, 1 keping roti bijirin penuh, ½ cawan mi, ½ cawan bubur nasi kosong.

ARAS 2
-(3-5 hidangan)
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan sayuran, ½ cawan ubi keledek/ubi kayu/ubi keladi, 1 potong betik/tembikai/nenas, ½ cawan jus buah.

ARAS 3
-(2-3 hidangan)
-Contoh (1 hidangan):1 ketul paha ayam saiz sederhana, 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis, 2 taukwa, 2 biji telur.

ARAS 4
-(1-2 hidangan)
- Contoh (1 hidangan):1 cawan susu, 1 cawan yogult, 1 keping keju.

ARAS 5
-(dalam kuantiti yang sedikit)
- Gula, madu.

Berikutmerupakan khasiat makanan yang diperolehi daripada setiap aras dalam piramid makanan.

ARAS 1 : Sumber baik karbohidrat kompleks, membekalkan vitamin, mineral,gentian dan sedikit protein serta rendah kandungan lemak.

ARAS 2 : Sumber baik vitamin, mineral dan gentian.

ARAS 3 : Sumber baik protein, kaya vitamin B, besi, zink, magnesium dan gentian.

ARAS 4 : Sumber penting kalsium dan protein.

ARAS 5 :Lemak dan minyak mengandungi asid lemak perlu(ALP) dan vitamin A,D,E,K.Gula membekalkan kalori tetapi tidak mengandungi zat makanan yang lain.

No comments:

Post a Comment