Sunday, April 25, 2010

MERANCANG MENU MAKANAN SNEK

Selain menu utama, kita juga perlu merancang menu sihat untuk makanan snek supaya badan mendapat tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian. Berikut merupakan tips untuk merancang menu sihat untuk makanan snek

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek

* Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.
* Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
* Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Senarai semak plan perancangan menu sihat

Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang adalah lengkap:

* Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?
* Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan?
* Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?
* Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?
* Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap?. Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
* Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?

No comments:

Post a Comment